Wednesday, October 20, 2010

Apa yang kita cari dalam hidup??



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..



Berhabuk dah gambar ni.Masa aku tgah cute2 dulu!wekkk ~_`

Petang-petang begini mata aku amat susah untuk lelap.Untuk itu mulalah macam-macam perkara yang ada di kepala dan fikiran.Jasad menerawang ntah kemana-mana.Kepala dan fikiran asyik berfikir itu dan ini.Aku menjadi semakin bercelaru dan kebinggungan.

Kadangkala aku berfikir sampai bilakah aku akan terus begini??Terusan-terusan menjadi penganggur yang tiada arah tuju.Hanya terus tunggu dan menunggu jawapan dari pihak universiti untuk menyambung kembali belajar.Menyesal jugak masa belajar dulu tidak bersungguh-sungguh.Bukan aku maksudkan aku pelajar yang ketinggalan atau lemah tapi tidak fokus .Itulah akibatnya.Mak ayah suruh belajar pulun-pulun kita pulun-pulun main.Tapi apakan daya nasi sudah jadi bubur.

Sekarang penyesalan demi penyesalan selalu berada di fikiran.Masuk ini dah 10bulan aku menganggur.Sejak habis exam STPM hari tu bermulalah hidup aku sebagai penganggur dan sampai sekarang.Tak seronok langsung.Lagi best rasanya belajar.

Sekarang aku dah dapat berita gembira.Tak lama lagi aku bakal jadi mahasiswa.Tapi apa yang aku berfikir sekarang adalah aku semakin keliru dan binggung.Apakah yang aku sedang cari dalam hidup??

Keluhan demi keluhan.Keluhan ini benar-benar menyesakkan dada aku.Hidup..HIdup..Hidup..Terlalu banyak masalah..Terlalu banyak dugaan..Terlalu banyak keinginan..dan terlalu..

Apa yang sedang di cari??Selama 20 tahun aku bernafas aku tak tahu apa yang aku cari.Aku semakin tertekan dan terhimpit dengan pelbagai persoalan..URRRRGHHHH!!

Susah untuk ditafsirkan apa yang tersurat dan tersirat dalam hidup ini.Tapi apa yang aku tahu segala-segalanya tentang hidup ini telah di tentukan DIA.DIA yang maha pengatur segala-galanya.DIA yang maha mengetahui tentang sesuatu.

Sebab itulah apabila kita ditimpa masalah kita perlu mengadap DIA.Kita perlu bersujud dan berdoa padaNYA.


Semoga kita semua dapat mencari erti sebenar hidup.

Mood: Haru biru.Tunggang langgang hidup apa yang dibuat menjadi serba tidak kena.

No comments:

Post a Comment