Sunday, May 30, 2010

rindu sangat

Malam tadi saya baru bermimpi melalui laut merah dan kemudian singgah di hadapan kaabah..sangat syahdu apabila dapat singgah sekejap sahaja..itulah yang mampu aku katakan saat ini..aku sangat-sangat rindu untuk pergi ke mekah sekali lagi..klu di izinkan tuhan..aku ingin kembali melihat keindahan tanah suci..sangat besh walaupun pada ketika itu pergi di saat usia sangat muda remaja..tetapi kenangannya tetap melekat di hati sehingga kini..


sampaikan sehingga kini apabila orang sebut je nak p umrah atau haji..hati sungguh cukup jelous okey..bukan nak riak atau ape okey..ini adalah sekadar luahan hatiku..seyes sangat rindu menatap kaabah..sangat suci..sangat kagum..sangat besh masih terngiang2 lagi d kepala..

NOTA HATI: Klu dapat p lagi sekali alangkah seronoknya...hati sangat terhengen p sana lagi..semoga aku dapat p sekali lagi..hu3 besh taw

Tuesday, May 25, 2010

persoalan demi persoalan










Fikiran keasyikan berfikir itu dan ini..semakin hari semakin menjadi-jadi kenapa ye??fikiran saya sering ligat berputar bukan memikirkan diri sendiri tapi tentang orang lain..( rahsia alam)birakan hati ini sahaja mengetahui..apabila sering memikirkan ia hati dan fikiran sering menendang ligat untuk mengetahui penyelesaiannya..apakah dan bgaimanakah??


APAKAH???
BAGAIMANAKAH???



P/S:Nukilan kecil hati cik aten..biarlah rahsia...apabila sering berfikir tentang itu aku mestikan pada pikiran ini persoalan demi persoalan tetapi tidak juga terungkai..haiyak

Thursday, May 20, 2010

LELAKI YANG TIADA OTAK!!

Pagi2 td buka saja radio hotfm terdengar suara aleeya dan fara..tiba2 si leeya bacakan berita muka depan metro..SUAMI MENENDANG ISTERI KETIKA BERPANTANG..OH MY GOD ngsusebabnya kes kereta okey..saya sangat marah sangat2 adekah lelaki yang di panggil suami ini tidak ade perasaan langsung kasihan pada isterinya yang sedang berpantanng nak taw berita selanjutnya



YAN: “Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta,” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.

Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain.

Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.

“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan.


"Dia mengheret saya ke depan tempat letak kereta dan menendang muka saya. Ketika itu dia memakai kasut but dan tendangan itu menyebabkan saya pengsan selama sejam di situ,” katanya.

Che Azaini yang kini menetap di Guar Chempedak berkata, dia ke Pulau Pinang bersama kakak angkat dan anaknya kerana bimbang perkara buruk berlaku.

“Nasib baik kakak angkat ada di situ. Dia yang menghantar saya ke tempat kerja suami kerana kasihankan saya menanggung sengsara sendirian.

“Selepas tersedar pengsan kira-kira jam 11.30 malam, saya hubungi kakak angkat memaklumkan kejadian itu.

“Dia menghantar saya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan kerana saya masih dalam berpantang sebelum dirujuk ke Hospital Yan,” katanya sebak.

Che Azaini Suyana yang terkilan dengan suaminya, pasrah dengan apa yang terjadi kerana masalah mereka berlarutan sejak empat tahun lalu.

“Saya banyak bersabar melayan kerenah dia. Saya tahu dia ada hubungan dengan wanita lain sebab itu dia tidak ambil peduli kami dan enggan memulangkan kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Perai.

Sementara itu, jurucakap polis Seberang Perai Tengah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan masih dijalankan.


SAKIT HATI
MASIH ADE INSAN SANGGUP MEMPERLAKUKAN SEBEGINI PADA ISTERINYA..
SEBELUM KAHWIN SEMUANYA TERBAIK &DI PANGGIL SAYANG-SAYANG &DI MANJA-MANJA TIDAK INGAT
SELEPAS KAHWIN SEGALANYA BERUBAH JADI TAIK PUN KALAH..HURH

BABUN




Woi sangat sakit hati!!!!!babun tut...babun tut tut tut tut tut.....babun la babi...gatai tangan ke apeh babun weyh..aku sangat menyirap sangat sangat semalam sebabnya semalam aku di kacau oleh babun babi...memang sial!!



what`s you peroblem babun??
what the hell babun??
hurh sakit hati + menyirap sial+menyirap tahap mampan so buat aku jadi orang yang suka mencarut...siot babun babi!!!


meyh sini aku cerita semalam time otw ke kepong duk drive kete tetiba dapat pangilan mula2 aku ingat pakcik(pakcik aku la)punye hp..so aku buat x kesah..arghh lantakmu..pastu dia buat muka pelik kat aku..why??dan dia tunjuk hpku berdering tanda panggilan masuk..so aku buat x kesah sekali lagi malaun mana ntah mscl 3g kat aku..dah la nombor x knal ade hati nak buat 3g..babun terlepas la aku cakap..ko taw babun mcm ne dia spesis monyet tapi lagi tinggi la..hoih menyampah btui n aku buat x kesah ok..n then hpku berbunyi lg kali ini dari nombor yang sama..so aku angkat ko taw dia buat 3g..so aku pun hangin satu badan..aku bukan kemain marah lagi so aku pun siap2 mencarut ngan pemangil itu(ade aku kesah da la x kenai tetiba call 3g!!bodoh)lantak situ kat ko..PAS tu ak terus antar msg woi babun babi ko salah nombor la..haish adeaku kesah..lantak situ!!pastu x sampai 9 jam hangin satu badan ade plak mat mat mat yang ketandusan kasih sayang penyibuk sangat nak menyibuk kacau-kacau hal rumah tangga aku..babun ke apeh ko ni...da la time tu tgah syiok nak tidoq ko kacau btul la...tak pasal2 kna mencarut kaw2 dengan aku padan muka!bdoh kecoh btul la mamat2 yang suka mengacau hidup aku semalam..rase macam nak hempap korang dengan lori 6tan!!!hell ko situ...



p/s: korang jangan sesuka hati mengacau orang kalau tak kenal..nanti akan mendatangkan kemarahan pada diri orang yang ko kacau okey..so jgan kacau orang

Tuesday, May 18, 2010

MENYESAL

Semula ku tak yakin
Apa yang aku lakukan ini pada diriku ini
Terkadang aku sangat menyesal
Meski dihati merasa
Aku berubah saat sudah membuat pertimbangan


Bila semuaini tak lagi untukku
Bila hati tak lagi berfikir untuknya
Mengapa haru aku menyesal saat ini


Bila aku tak baik dalam pertimbagan
Dan aku menyesalinya
Aku berasa ingin pegi jauh

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku membuat keputusan tanpa berfikir sampai dalam-dalam


Terkadang ku menyesal
Mengapa ku membuat keputusan tanpa berfikir sampai dalam-dalam



TERASA MENYESAL SANGAT TIDAK BERGUNA WAKTU BEGINI..
Perkataan MENYESAL tidak perlu di ungkapkan saat begini(saat perasaan menyesal menjadi2)Terkadang merasakan diri ini sungguh menyesal dengan apa yang di lakukan pada diri ini..Apa lagi yang harus di katakan saat penyesalan
sedang bergelumang dalam diri..


NOTA HATI: Menjadi tanda tanye pada semua yang membaca en3 ini..cik aten terasa sangat menyesal..tapi bak kata orang penyesalan tidak berguna lagi..ia seperti sudah nasi menjadi bubur..iya cik aten sangat mengetahuinya kerana itu cik aten sangat merasakan kekecewaan yg teramat sangat..Terasa sangat bersalah pada diri SANGAT-SANGAT..Dimanakah aku mahu meluahkan perasaan penyesalan ini??..hanya dengan penulisan sebegini mungkin dapat meredakan perasaan..Mungkin juga berbicara hati ke hati..penyesalan tentang memilih kos untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading..sudah menjadi kebiasaanya untuk seorang remaja seperti aku menjadi keliru untuk memilih kos..seperti biasa aku mendahulukan bidang yang aku impi2kan selama ini..okey x pela..tapi semasa hari keputusan STPM diumumkan aku telah mendapat keputusan yang agak baik..bekas2 guru yang pernah mengajar aku telah mencadangkan aku untuk mengambil kos perguruan disebabkan kemampuan aku untuk ke hadapan..hampir ke semua guru yang pernah mengajar aku memberi cadangan seperti itu..seperti biasa hati aku meronta kemarahan kenapa semua perlu memaksa aku menjadi guru..sedangkan pekerjaan guru itu mulia..hmmm masih ade masa yang agak lama juga selepas keputusan di umumkan iaitu selama sebulan untuk aku membuat perkiraan untuk menentukan masa depan..kali pertama kali kedua mengisi borang dlm talian sememangnya aku memilih kos perguruan untuk menyambung pengajian..tetapi di bantah sekerasnya2 oleh akakku..xpe aku ikutkan sahaja kemahuan mereka..kemahuan hati di letakkan di belakang..okey setelah beberapa minggu aku letakkan semula kos penguruan..tetapi masih ragu2 dengan hati kerana melihatkan pointer yg aku ade mungkin tidak melepasi..masih berdiskusi dengan diri..adakah aku boleh menjadi guru??tertanya pada diri sendiri sehingga akhirnya membuat keputusan untuk tidak mengambil..(disebabkan itu adalah pemilihan yang terakhir sebelum tarikh permohonan ditutup aku buat keputusan di dalam keadaan keliru bulat2 sebenarnya hati meronta sebahagian untuk mengambil kos itu tetapi di bangkang oleh kakakku yang sulung!x pe ak ikutkan jua..sebabnya konon berpengalaman!) hemmm x berguna menyesalikan??!!tapi apakan daya kita sudah membuat keputusan bulat-bulat..makanya tidak perlu menyesal..tetapi aku sangat menyesal saat ini kerana kawan2ku yang lain sibuk bertemuduga kesana-sini untuk kos perguruan..hermmm sampaikan mereka kata(kawan2 semasa STPM)aku boleh..sambil menyakinkan klu aku dapat di temuduga mungkin aku salah seorang calon yang BERJAYA..disebabkan kemampuan diri yang sering diperkatakan oleh guru2 dan kawan2ku..tetapi aku juga percaya jika di beri peluang mungkin aku BOLEH!X PE LA ini sekadar luahan hati cik aten sahaja di saat kekecewaan

AWARD..

Selamat pagi semua & selamat hari rabu..Adakah semua sejahtera??Tapi cik aten tidak sejahtera lagik!Aduhai bila cik aten nak dapat award nyh(termenung jap!)..adeh tiba2 kepala berputar ke belakang sekejap mengingati peristiwa 3 bulan yang lalu

Apa yang berlaku 3 bulan yang lalu iye??(ambil posisi terbaik)..3 bulan yang lepas aku merasakan diri ini terlalu membizi dengan segala bapak kertas..hu3 kertas tender yang berlambak sampai menjerat diri untuk memikirkan segala yang berlaku di luar dunia mahupun dalam dunia..tambah2 lagi apabila buka je mata dah terhengat kerja..apabila nak tutup mata tetap juga hengat kerja..seharusnya 3 bulan yang lepas aku seorang yang kuat berkerja..emmm sampaikan nak makan pun tidak sempat..hmmmm gilo kijo ke hapoh tapi kerja itu perlu di hantar mengikut tarikh so aku yang bagai nak gilo menyiapkannya disebabkan aku membuat kerja hanya dibantu 2 orang kuat..hu3


hmmm tetibo dalam pkiran duk berlayar pasai ni..hmmm bilalah mereka nak award ni...harap2 dia award kat aku..makcik kayo jap..hu3


berharap dapat award okeyhhh..akanku bolanjo korang dengan cito besh2..hu3...bubye cik aten kena ke dapur bagi dapoq berasap2..he3 tunggukan menu yang lazat untuk tengah hari nanti okeyh..

jerawat!




Aku sedang begelumang dengan masalah jerawat sekarang ini..so sangat sakit hati..pergi kemana-mana semua duk pakat tanye


amboi ade pak we ke??(hurh wtf!)
amboi cantik jelawat mana beli( herh sibuk la ko suka ati la nak p beli kat mana!)



Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Rawatan Untuk Jerawat.

  • Liang yang tersumbat harus dibuka.

    Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.

  • Mengurangkan jangkitan bakteria.

    Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

  • Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

    Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

SEE!!Nampak x jelawat besaq kat hidung aku..!!

Bubuq polot hitam...




Selamat petang & selamat hari selasa semua.Hari ni cik aten terasa tersangat rajin untuk masak bubuq polot hitam..yehaaaa actualy ade catering sebenornya..so cik aten kemain mengentam jew memasaknya ibarat kata mama" masak je ikut rase hati " konfem sodap punye he3 btui ni cik aten x tipu punye cube la korang ikut jew rase hati taw konfem terbaik dari dapoq!!


BAHAN-BAHAN :
Pulut hitam
gula
santan
daun pandan
garam (pelemak rase)

CARA PENYEDIAAN:
Mula2 rendam dahulu pulut hitam untuk beberapa jam
lepas tu angkat dan tos
lepas tu pulut hitam ke dalam periuk untuk direbus sampai kembang bersama air
lepas tu dah kembang masukkan bahan2 iaitu daun pandan,santan ikut hati)
lepas tu kacau kasi sebati
lepas tu da nampak berkilat masukkan gula ikut hati
dan last garam sedikit sahaja kasi korang punye bubuq kaq punye
lepas tu biaq p sampai dia masak
hidangkan

senangkan.....masakan untuk orang yg pemalas sajo okeyhhh..kekkee..ngeh3


cik aten nak jgek bergambo!
meyh usha2 jap

Monday, May 17, 2010

13 dah!

Wahh hari ini buka blog, terkejut sangat. Genyeh..genyeh mata eh betul ke ni. Dah 13 dah. Toce toce toce kepada yang sudi mem"follow" saya sengihnampakgigi sob terharu sangat cik aten senyumkenyit


Senaraikan nama2 mereka


1-Miss Nera
2-cool^ ^gurl
3-Blog Anuar Kamarudin
4-tie_sri
5- sab
6-Budak Kampung Online
7- Srikandi syauqah
8- Lengang kangkung
9- datin akan aina
10-sweet aka angah
11-yang aka farzana
12- along aka dayah
13- tiah aka fit


TERIMA KASIH SEMUA.hu3 sangat berterima kasih kepada yang setia memfollow aku..

Sunday, May 16, 2010

Adakah kita masih kolot??





SYAITAN DAN IBLIS



Bukan kemajuan yang bakal dipersembahkan, bukan kekayaan yang hendak dipertikaikan...

Dengki-mendengki sesama manusia masih menular di kalangan kita. Manusia memang mudah lupa diri, dan paling hebat menunjukkan belang pabila tidak senang melihat kesenangan orang lain. Dan dari titik itu kita dapat lihat sejauh mana manusia mampu beraksi tanpa batasan..jauh melampaui batasan waras seorang manusia.
Lihat sahaja di sekeliling kita, di depan kita mungkin senyap tak berkata..belakang kita siapa tahu?

MUNKIN MEREKA JADI SEPERTI INI!!!

SYAITAN

Terkadang pelik dengan telatah masyarakat, yang mengaku baik yang mengaku beragama..tetapi masih kolot dalam bertindak. Suatu adat yang masih diamalkan turun-temurun..BOMOH,PAWANG,ILMU HITAM,ILMU GHAIB,ILMU GUNA-GUNA,ILMU TOYOL DAN JAMPI SERAPAH...Mungkin di antara kita pernah mengalami, terfikir untuk mengalami mahupun mendengar daripada sesiapa..tetapi harap-harap jauh sekali MENCUBANYA..


Sudah lahiriah dan batiniah Tuhan katakan, manusia tidakkan berbaik dengan jin syaitan. Sedangkan manusia sesama manusia sering bertikam lidah, bertelingkah. Inikan hubungan manusia sesama makhluk halus..yang ternyata tak terjamin sejauh mana mereka mampu pergi.
Bukan setakat orang-orang veteran yang berkecimpung, semua lapisan umur turut berminat. Ada juga remaja yang pinta tolong jin syaitan untuk mendapatkan jawapan peperiksaan (memang dorang tu belajar tinggi sampai PhD pon!)..
Yang pinta berubah cantik?oh..ramai sekali..susuk2..

Aku hairan kenapa amalam ini masih diperturunkan, walhal kita semua tahu baik buruknya. Kita tahu perkara ini makan diri..tak kira tuan atau siapa-siapa sahaja..Tetapi manusia masih berani bermain dengan api..isk2..
Manusia bila tak mampu menganiaya orang dengan tangan sendiri, mulalah dia pergi berbomoh..konon2 mampu menyirat daging tanpa tinggal bukti...
Manusia bila dengki dengan kekayaan orang lain, mulalah memuja supaya bagi sakit itu ini orang dibenci..
Manusia bila rasa sakit hati, mulalah pergi beburu mangsa nak dikenakan..
Malu-malu...lagi malu bila tahu yang semua ini datang di kalangan masyarakat Melayu sendiri..
Walau kini kita hidup dalam bangunan konkrit, hutan konkrit..jangan disangka "mereka" tidak wujud. Mereka di mana-mana sahaja dan hanya perlu pengeras seberapa cuma untuk berhibur. Mungkin kelak kita masih tak berjumpa jin syaitan mahu pun manusia 'bertopeng' mereka. Saksikan sedewasa mana nanti kita akan berselisih, berjumpa, bertegur sapa dan hidup bersama..tanpa menyedari elemen api masih, sedang dan bakal menrentung.



"KITA TAHU SYAITAN BUKAN KAWAN YANG BAIK..DAN SEBAIK-BAIK MEREKA TU SEBURUK-BURUK PERANGAI MANUSIA YANG PERNAH HIDUP ATAS MUKA BUMI"



P/S: SESIAPA ADE TERASA HATI HARAP2 KORANG P BUANG JAUH2..ISH KORANG AMAT MENYUSAHKAN KAUM MANUSIA SENDIRI..KADANG2 SEHINGGA DI LUAR BATAS UNTUK MANUSIA MEMIKIRKAN APA KEJADAHKAH SEMUA INI..SEMUANYA HANYA SEMATA-MATA KERANA SIKAP MANUSIA ITU SENDIRI DENGKI


"TEPUK DADA TANYALAH DIRI ANDA"

sudahkan kita melaksanakannya??









Sedar x sedar nampaknya kita berada di pertengahan bulan mei makanya sudah separuh dari tahun 2010 kita lalui dengan sedar tanpa kita mampu berfikir adakah segala impian & cita-cita yang kita azamkan sudah terlaksana..mungkin sudah separuh terlaksana mungkin juga belum terlaksana..tetapi adakah kita sedar kadang2 kita terlupa tentang sesuatu yang teramat penting iaitu kewajipan kita pada agama..apa itu??PUASA la..sudah bulan mei maka tidak beberapa lama lagi umat islam bakal menyambut bulan yang palin mulia iaitu bulan ramadhan..
kepada kaum-kaum wanita sudahkah anda mengantikan puasa anda ??bukan saja saya mengingatkan kepada semua tetapi juga khusus untuk diri ini..sesungguhnya ini adalah kewajipan kita sebagai umatnya melaksanakan segala suruhan..saya suka berpesan kepada diri sendiri untuk membuat segala yang wajib baru mendahulukan yang tidak menjdi keperluan..










sesungguhnya apabila kita sudah melaksanakan maka kita akan terasa sangat puas!!puas yang terasa amat sangat..so sudahkah kita mengantikan puasa??jom kita sama2 ganti klu belum di lakukan..


apabila kaki novel bertemu novel




Jom kitew layan novel..uishhh cik aten sudah kembali mengambil tampuk hobi lamanya iaitu membaca muka bukua..hu3 sangat bersemangat..td awal2 pagi sangat terasa boring tahap mampan tetapi apabila kaki novel bertemu dengan novel yang menarik perhatian terus ak gapai dan genggam ia hingga ak tahu apa pengakhiranya..aku sedang melayan novel..mood juga adalah novel..ak nak makan buku satu ari ni..sy sangat sayang novel sehinggakan kekasih di tinggalkan bertepian(ececece poyo je)lalalalalalala sungguh enjoy membaca ayat2 yang di garap oleh anis ayuni..i love to read..dulu boley katakan satu hari 2 novel aku perabiskan tp sekarang satu je sebabnya novel yg ditulis bukan kemain nak sama cite dye




SAAT KAU KATA CINTA




Sinopsis

MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.

Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.


Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.

Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan nuril

Saturday, May 15, 2010

happy teacher`s day






Masihkah kita ingat masa mula2 masuk sekolah dulu sapa duk ajaq tulis ABCDEFGHIJ..........Mesti la cikgu bukan..!!!Sempena 16 mei ini aku sangat2 ingin menghargai cikgu2 yang pernah mengajaq aku dari ak umur setahun jagung sampai la dadh boleh berpikiaq sendiri bebanyak2 terima kasih..Sesungguhnya pengorbanan cikgu semua amatlah besar..tanpamu cikgu tidak wujudlah insan seperti aku ini yg boleh dikatakan cerdik-cerdik pandai(perasan kesendirian..hu3)












SAJAK INI AKU DEDIKASIKAN KEPADA SEMUA GURU-GURUKU..TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENDIDIK ANAK MURIDMU INI HINGGA KE TAHAP INI(Tahap yg selesa utk hidup lebey maju ke hadapan)SEMOGA SEGALA PENGORBANAN GURU2KU DIBALASAN OLEHNYA YANG MAHA ESA..TERIMA KASIH CIKGUKU TERUTAMA CIKGU FORM 6 SMK SERI SERDANG,FORM 5 SMKSS DAN SKS







BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.




NOTA HATI: cik aten sangat-sangat merindui cikgu-cikgu yg pernah mengajar aku ketika aku di bangku sekolah dahulu..terima ksih cikgu kerana mendidikku..sesungguhnya ilmu yg di vurahkan kepadaku tidak pernah ku sia2kan malah di jadikan bekalan untuk hidup..saya sangat merindui guru2 yg pernah mengajar sy khususnya cikgu form 6!cikgu are the best..

Thursday, May 13, 2010

MALAYSIA BOLEH!!!

Saya sangat bersemangat sekarang..kenapa ??sebabnya x sabor2 nak tengok final suku akhir malaysia menetang china..ayuh malaysia!!!MALAYSIA BOLEH

mari2 kita rakyat malaysia bersemangat waja untuk menyokong pemain badminton malaysia supaya mara ke final..ayuh kita bersama-sama menyokong agar MALAYSIA mengondol piala THOMAS okeiii...huit sangat x sabar nak tengok aksi pemain MALAYSIA pada petang ini..



MALAYSIA BOLEH !!!MALAYSIA BOLEH!!!!

tanya pada hati




Asalamualaikum semua..bersyukur sangat2 diberikan kesempatan waktu diberikan keupayaan untuk terus bernafas dan terus mengupdate blog ak nie..(fham2 jelakan sejak menjak ni ak jarang mengupdate kerana internet tiada..so ak bekukan la segala cte..)nanti ade masa kita update ok..






TERMENUNG ITU ADALAH HADIAH PALING BERMAKNA!



S:Adakah kamu sihat ??

J:Alhamdulilah sihat.

S:Adakah kamu gembira??

J:Mungkin kot..kenpa plak jwb gitu!emmm sebab sy pun tak taw

S:Adakah kamu sudah makan??

J:Sudah tadi..alhamdulilah kenyang(syukur)

S:Adakah kamu sudah mandi ??

J:OH mesti la!!klu x mandi mana selesa beb..btul x??mesti ade antara korg2 belum mandi lgkan..eiyuuuu bucuk la,,p mandi okeyh

S:Adakah kamu begitu baik??

J:mesti la baikkan..hu3 tpkan kena tanye pada semua(wei jwab2 ak baik ke???)hoyeh ak mmg baekkan!!he3 sambil buat muka keperasaan yg terlalu ketat..meluat btui ak..hurggggh

S:Adakah kamu pembersih??

J:semestinya cik aten pembersih okeyh..klu nak taw hampa msuk blik ak..oh please bersih okeyh..silakan senyum membaca kenyataan ini..

S:Adakah kau ni cukup matang??

J:hoyeh hoyeh susah benor nak menjawab tentang ini..so sesiapa yang kenai sama ak mesti sudah ketahuan

S:Cik aten paling benci ??

J:Hipokrit,belagak,sombong,bongkak,x taw malu,penyibuk,ego tinggi,perasaan bagus!perasan cantik!perasan perfect la sangat( hoyeh ade ak kesah ngan ko!)bla bla bla bla malas nak list panjang benor2..

S:Cik aten paling suka??

J:baik,peramah,x sombong,pandai cakap,pandai pujuk ak..hokai

S:Apakah perasaan cik aten sekarang??

J:Emm MESTI ke bagitaw..huhu cik aten sebenarnya sedang kekeliruan dalam mencari arah kehidupan..sedang keliru meneka teki tentang perjalanan hidup ini..tetapi yg jelas kekeliruan ini bakal terjawab apabila bulan jun tiba..segalanya akan tiba nanti ..pastinya akan terjawab(ak berharap mendapat keputusan yang sangat terbaik..)pastikan bulan jun memberi kesinaran pada cik aten khususnya..


P/S: CORAT CORET hati di kala sedang keliru..aki keliru menjadi buntu kemana arah perlu ku tuju..

diet??

Aduhai wahai cik aten..Berat badan ak semakin lama semakin menembun la..aduhai bagaimanakah??apakah??bagaimanakah??apakah penyelesaiannya??cik aten sangat risau sangat-sangat teramat..cik aten risau sangat la...tolong saya...berbagai-bagai yg lahir di benak fikiran ini tetapi semuanya tidak menjadi..aduhai kciannya

Monday, May 10, 2010

lidah manusia

lidah manusia x pernah penat x pernah lelah...aduhai lidah manusia kenapa ko sanggup menikam lidah manusia..aduhai kasihan la kamu lidah





p/s: kamu2 tolong jgan jd sebegini..seperti lidah manusia yg sentiasa menikam lidah manusia

Saturday, May 8, 2010

sakit


cian btui kat ak ni..semenjak dua menjak ni ak sering mengalami sakit kepala..adeiii sakitnya..nyut nyut nyut nyut sampai nak pcah kepala den neyh..adoiyai napo ntah ??mungkin terlalu bnyak memikirkan itu dan ini..

adeiiii sakit kepala..aku apabila sakit mesti keadaan diri menjadi kacau bilau..ya allah sakitnya kepala ini..mestikah aku perlu bnyak berfikir??tetapi ntah la kepala ni asyik duk pikiaq benda ni ja 24 hours..



dapat ke masuk u ka??
nanti ak dapat kos apa??
kat mana u tu??
ala kalau jauh mesti jauh dari umah??
haaa kepala time ni da bukan-bukan duk pikaq benda len..
korang fhm2 jela cik aten x pernah berenggang ngan family cuma sekali je time tu plkn
ermmmm adeiiii sakit pala..



sakit pala..sakit hati..sakit jiwa..sakit jantung..sakit badan..sakit sengal2 mulut asyik duk bebel sorg2..sakit mata..sakit telinga..argggghhhhh semua menjadi satu dan menjadi sakit kepala thap mampan...

berjimba-jimba




hoyehhh..mari kita berjimba-jimba di luar..ak da kebosanan di umah sejak semalam asyik memerap di dalam blik so ari ini ak mahu kuar bersama mama mencuci mata..klu rasa berkenan nanti akan ku beli satu lori bwak balik..hoyeh mood sedang gumbira ini..jom ak mahu siap2 pergi berjalan ke mana saja..





bye bye semua mari angkat kaki berjalan bersuka ria..hoyehh ngaaaaaaaaaa3x

Friday, May 7, 2010

SEMPURNAKAH KITA??






Assalamualaikum semua..bersyukur kepada ALLAH yg telah memberikan kesempatan waktu utk ak terus bernafas..alhamdulilah syukur..ari ini ari sabtu makanya cuti bukan!! so sy sudah terbiasa bgun awal makanya sy tidak dapat melelapkan mata..maka sy termenung sngat jauh kemain..jauh sampai ke tanah ke tujuh..ngaaaaaaa




Baru tadi fikiran aku telintas tentang itu
sekar
ang ak sedang memikirkan ini
pernah ke kita berfikir sesempurna manakah kita
pernahkan kita menilai di manakah kekhilafan diri ini
baru tadi aku menyesali tentang diri


baru tadi aku terbangun dari tidur
baru tadi aku tersedar dari lena
baru tadi aku tersangat kecewa tentang diri ini
sekarang aku cuba perbaiki diri


sekarang aku cuba jadi yang terbaik dari semalam
sekarang aku cuba melengkapi apa yang tersalah
sekarang aku cuba mengorak satu langkah ke depan
sekarang juga aku mahu bergerak lurus ke depan


biarkan apa yang terjadi semalam
ayuh mari kita bangkit dari lena semalam

sekarang aku mahu membaiki apa yang tidak sempurna
sekarang aku mahu menjadi sesempurna yang mungkin
menjadi manusia yang sempurna pada semua






sempurnakah manusia ini di mata manusia??..ahaks cuba jawab dalam hati sudah..klu sudah tahu jawab dalam doa




NOTA HATI: aku mahu jadi yang terbaik dar
i semalam..ayuh fatin kita bangun dan singkap sejarah semalam ke dalam lautan yang besar..sekarang kita perlu memenuhi misi hati dan jasad agar menjadi manusia yang sempurna dari segala aspek sahsiah,rohani,fizikal dan mental..inilah impianku sebagai manusia sebagai hambamu yaallah walaupun kutahu ak tidak boleh menjadi terlalu sempurna..kerana sempurna itu hanyalah dia sahaja..

sangap

aku sudah sangat sangap gilo tahap mampan.
weyh nape weyh ayoyoyoyoyoyo nape weyh minah.ndak papelah ak tgah sangap dgn ini BROADBAND..



CELCOM BROADBAND





sebelum ini ak ade pakai broadband tpi seyes ak jd sangat marah apabila die sangat lembab thap mampan..itu BROADBAND adalah CELCOM..seyes ak menci so beberapa hari yg lepas ak sudah terminate itu service la..menyesal pun ade tp x pe ak da menci sangat dengan CELCOM..

then semalam berjalan dengan oma di kl ternampak promoter CELCOM berlari2 kepadaku menawarkan BROADBAND..HURH AK MENJADI SANGAP !!untuk memilikinya kembali oh tidak tetapi tidak untuk masa sekarang kerana walet sudah kering sungguh..xpe2 next time kte beli ok..so pengajarannya jgan kata BENCI tapi nanti jatuh cinta


P/S: berharap bulan hadapan dapat membelinya kembali

Thursday, May 6, 2010

HATE!!

Mood: Spoilt
Expression: Sour

Heart Beat: Faster than ever
Feeling: Confuse

Stomach: So hungry


Hurh my feeling right now so confuse.
WHY??
Ak sdah kekeringan otak skrang ini utk memikirkan masa depan..masa depan yg kdng2 ak nampak jlnnya tp ak sangat confuse utk membuat penilaian..apabila ak sering memikirkan ini menyebabkan mood ak tersangat spoilt..WTF larhhhhh..Denyutan jantung bergerak dengan sungguh luar biasa sekali..almaklumlah ak tersangat confuse dengan diri ini sekarang



Apakah yg mampu ak buat sekarang ??



Adakah ak akan terus menongkat dagu sebegini utk terus menunggu??



NOTA HATI: Sangat tidak sedap hati untuk menunggu keputusan upu yg bakal keluar pada bulan jun ini..walaupun hanya tinggal sebulan hati tetap gundah gulana..hanya padamu tempatku meminta ketenangan..nsiblah badan mempunyai kawan terbaik seperti dia yg mampu memberikan hidupku senyuman yg bermakna utk melalui hari ini..THANK TO FAIZAL..Aku sangat benci keadaan ini apabila memerlukan ak bnyk berfikir berfikir dan terus berfikir..bencinya

KEKASIH AWAL & AKHIR





Siapakah kekasih awal & akhir itu??








Inilah dia kekasih awal & akhir ...oh oma!

Almaklumlah bulan mei minggu kedua ahad setiap tahunkan HARI IBU so ak nak ucapkan selamat hari ibu kepada mamaku yg terchinta...tanpamu ak tidak lahir ke dunia(oh gilak!)lol btui ak..thanks mama for everything..

Wednesday, May 5, 2010

SPEAKING

Speaking..
let us speaking now..
haish don`t play play ar..
let`s we story..(sory if my english is very broken ken...)patut la receed muet 3x..haha malunya tiap kali amek mesti i get band 2 cipi cipi lagi maw band 3..gilo kedokut xaminer nyh..aishhhhh
cte pasal speaking nyh semalam bertarikh 4 may 2010 ak baru melalui saat saat berspeaking utk muet mid year

BEFORE XAM
aishhh cik aten sangat ketakutan..motifnya apalah soklan yg nak di bincang..aisyoooo hati gelisah pap pap pap pap pap pap apapaapap sampai terbehenti denyutan nadi seketika..ahahha gilo ke apo ten oi..!!pagi2 bangun awal2 utk menuju ke pusat peperiksaan di seri indah..sampai2 je terus daftar n terus saat itu jgak hp di amik dan di berikan grouping untuk test muet..ahaha mula2 dapat group ngan shaha tetiba ketua pengawas tu biol suh tukar ngan calon pompuan..so dalam group test ak semua pompuan..arghhhh tention lol..tention x de kawan dalam group ni..so ak pun buat muka bdoh..nseb la group yg ak dapat ni bnyak mulut..biase la semua pompuan..sorang lepas diploma..sorang da kerja nak sambung degree..sorang ibu memboyot yg juga nak amek degree.kciannya ak tgk ibu boyot itu..hermmm mula2 segan2 tahi ayam pas tu da perkenaikan diri ak plak terlebey peramah..adeyhhh bercite itu ini..segala2 tips2 di kongsi..kami adalah groping ke 3 untuk di test pg itu..
so kami pun pot pet pot pet x tentu pasai..lol
adela dalam 2 jam br kami punye group di test
uishhh berpeluh den neyh..basah kuyup tgn b4 enter the room
agagaga

TIME EXAM
Hati berdebo-debo sakan mampan..uishh al kisah tp when i open the question paper.......
then i see the question is very quite easy meyh..thanks to god..thanks pot pet pot pet ak berspeaking smpi ak lah yg pling bnyk bercakap(bkan nak bangga tapi kenyataan!)..aishhh bgus laaa..hopefully i get the flying colours on my results

Question: what teenagers most expect from their parents??
A)increasing their allowance
B)freedom
C)Understanding
D)Spending more time

happynya untuk eloberate (btui ka ak eja!)arh lantak kamo janji btui ak sbut
kali ini time amek xam ak rase terlebey mudah sangat mybe da amik bnyk kali kot ..
aten sewel lol
doakan kejayaaan untuk muet ak ye kengkawan..

Puaskah

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku


Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku


NOTA HATI: hoyeh agak2 touching apabila menatap lirik lagu puaskah nyanyian wali.besh sangat sampai menjadi kegilaanku.seyes da jadi teman ak bila keseorangan.ala2 cik aten sudah puas melayan hati dan perasaan ini.

Pernahkah kamu berasa puaskah??

Sudah puaskah kau memuaskan hati kamu??

Sudah puaskah kau puas??

Sampai bila aku akan berasa puaskah..??

puaskah aku??

tanyalah hati ini..

+)(+

pning tuhan saja yg tahu..
adeiyh aku sakit kapala ni..
itulah puncanya ak da lama kemain x update..
hurh tention nak mampish nyh..
sakit kapala..
nyut nyut nyut nyut..
pergh x bley bla..
i hate la..
tiada mood utk menulis apa2..

medan??

bakso ini sangat sodap!



pemandangan di sekitar kota




medan





Bertarikh 1 may 2010 hingga 2 may 2010 ak berada di medan..

Motifnya saja saja berjalan cci kaki


Apa yg menariknya di medan??
tiada apa apa pun.medan adalah sebuah kota kedua(mungkin la ak pun kemain hentam jerk)terbesor di indonesia..yg menariknya di medan ini adalah danau toba lake..tp ak x g pun sebabnya x sempat nak berjalan.sampai je kat medan terus g kedutaan temankan ibu utk chop visa..tp sampai je mengecewakan x dpt sebab kedutaan cuti..xpe2 kami pun ambil keputusan utk bershopping di sekitar kota medan..kat sana baju2 n telekung murah2 tp korang kna pandai tawar menawar nsibla ibu pndai tawar..dapat la ak telekung n baju sepasang..tp ak langsung x beli buah tangan utk fmly kerana duit kekurangan di bawa makanya ak hanya membeli kek lapis medan...perghh menyesal beli sikit..sungguh sedap kek lapis sana..dan sangat murah..disana juga senang utk mendapatkan makanan yg mengikut tekak selera aku ini.