Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Korban




Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Mr.moo yang di tambat di depan umah..Tapi yg ni dah selamat jadi lauk raya.Ada lagi 3 ekor di atas bukit umah aku..HAHAHAHA


Lately aku agak sibuk..Tak terlambat pun nak ucap Selamat Hari Raya Korban pada semua umat islam.Hari ini sudah masuk raya kedua.Wohhhh pagi-pagi kakakku semua sibuk nak pergi kerja.Hahahaha padan muka!


Hari ini abah aku buat korban.Kejap lagi Mr.mooo bakal di korbankan.Hahahahha sedapnya daging ko Mr.moooo.Wow teruja sebabnya aku cuti dan boleh bersenang lenang di rumah sampai isnin ni.


Bestnya pagi2 ni dengar takbir raya sambil aku tengah Mr.moo yang didepan umah yang kegelisahan..Hahahaha..

Okey saya tak boleh mengarut banyak2 sebab nak tengok Mr.mooo di sembelih..

Selamat Hari Raya Korban.Sama-samalah kita menghayati erti korban yg sebenar.

THANKS YOU FOR THE READING.
I Love You So Much Reader.

Saturday, November 13, 2010

Di Manakah langkahku seterusnya..


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..


Lama tak update.Sebabnya malas kalau aku update pun hanya sekerat je mampu ditulis.Fikiran bercelaru.Hati tak menentu.


FYI aku tengah tunggu result uitm for intake december but so lambat.Sekarang nie sudah pertengahan november.Bila nak kuar nie??Aku bertambah risau antara dapat atau tidak??Itulah sebabnya aku jadi macam ni.Hanya tinggal ni je peluang aku sambung belaja kat IPTA kalau tak IPTS la jawabnya.Tak pun aku sudah malas memikirkan soal belajar lagi.(Dalam hati ada jugak berkira-kira macam tu sebab sudah putus asa baik aku kerja bukak business lagi masyuk bukan orang yang tak belajar tinggi2 tu tak berjaya).

Woiiiiiii aku keliru.Sudah hampir setahun aku duduk kat rumah nie.Sudah bosan.Ibarat daun keladi yang ada air mencurah ke tanah je.Sia-sia.

Dimanakah langkahku seterusnya??
Belaja @ Business..
Apakah keputusan yang bakal aku terima??
Arghhhhhhhhhhhhhhh YA ALLAH permudahkanlah segala pekerjaanku ini..Semoga apa yang aku inginkan termakbul..

Mood : Tertekan SUDAH GILA
Muka: Sudah macam ayam berak kapur..

THANK YOU FOR READ THIS ENTRY
:)

Saturday, November 6, 2010

AWAS TELEFON BIMBIT BAWA PENYAKIT!!



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...


Terdengar perbualan mama dengan kawan dia pasal telefon bimbit.Asyik-asyik mendengar makcik tu kata telefon bimbit sekarang memang la mudah dan senang digunakan apabila kemana-mana.Tapi jangan anggap telefon bimbit yang kecil nie tidak membawa apa-apa kesan sampingan.

Pernah dulu saya ada terbaca surat khabar pasal info kesan pengunaan telefon bimbit nie.Tapi masa tu aku buat endah tak endah je.Tapi apabila mendengar perbualan mama dengan makcik nie dan aku mula terfikir artikel yang di baca di surat khabar itu dan mula mengaitkan info dan artikel memang ada benarnya.

Dipetik dari :Halaqah

Turut jadi sebab kemurungan, jejas pelajaran remaja

LONDON: Kesan radiasi daripada telefon bimbit dikenal pasti sebagai punca masalah pemilik alat komunikasi itu untuk tidur nyenyak selain menyebabkan sakit kepala serta kekeliruan di kalangan remaja dan kanak-kanak yang menggunakannya
.
Penyelidikan yang disiarkan akhbar The Independent menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur menyebabkan orang ramai mengambil masa lebih panjang untuk tidur dan kurang mendapat tidur selesa, sekali gus menjejaskan kemampuan tubuh memperbaiki kerosakan yang dialami pada siang hari.

Hasil kajian paling membimbangkan bagi kanak-kanak dan remaja, yang kebanyakannya menggunakan telefon pada lewat malam dan memerlukan tidur mencukupi, kata tinjauan itu.

Kegagalan mendapatkan tidur mencukupi boleh membawa kepada perubahan 'mood' dan personaliti, kemurungan, kurang tumpuan dan persembahan akademik teruk.

Kajian yang dijalankan saintis dari Institut Karolinska dan Universiti Uppsala di Sweden dan dari Universiti Wayne State di Michigan, Amerika Syarikat dilaporkan yang paling menyeluruh. Keputusan tinjauan itu diterbitkan oleh Simposium Penyelidikan Kemajuan dalam Elektromagnetik Institut Teknologi Massachusetts dan dibiaya oleh Mobile Manufacturers Forum, mewakili syarikat telefon bimbit utama.

Keputusan kajian menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pakar tidur, dengan salah seorang daripadanya berkata kini 'terdapat lebih daripada bukti kukuh' untuk menunjukkan radiasi 'menjejaskan seseorang daripada tidur lena.'

Saintis mengkaji 35 lelaki dan 36 wanita berusia antara 18 dan 45 tahun. Sebahagiannya didedahkan dengan radiasi yang benar-benar menyerupai apa diterima ketika menggunakan telefon bimbit manakala yang lainnya ditempatkan dalam keadaan sama tetapi diberikan pendedahan 'palsu' iaitu tidak kena radiasi langsung.

Sukarelawan yang menerima radiasi mengambil masa lebih lama memasuki tahap tidur lena pertama dan memperuntukkan masa kurang dalam tidur paling nyenyak.

Saintis merumuskan: "Kajian menunjukkan ketika pendedahan kepada frekuensi 884 'megahertz' membolehkan isyarat tidur disalurkan dan dipercayai penting untuk pulih dari kerosakan pada siang hari, terjejas."

Bagaimanapun, Mobile Manufacturers Forum yang malu dengan hasil kajian meremehkan perkara itu dan menegaskan - berikutan pelbagai rumusan yang disiarkan - 'hasilnya tidak meyakinkan' dan 'penyelidik tidak mendakwa pendedahan menyebabkan tidur terganggu.'

Namun, Profesor Bengt Arnetz, yang mengetuai kajian berkata: "Kami memang menemui kesan dari telefon bimbit dari senario pendedahan yang realistik. Kajian menunjukkan ia memberi kesan ke atas otak."


Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.





Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

Labels: , ,

P/S:Hanya untuk perkongsian..Yang baik kita ikut yang tak baik kita buang jauh-jauh.

Friday, November 5, 2010

Keluarga Aku..





Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..


Keluarga besar aku..super duper excited...

Alhamdulilah aku perlu bersyukur kepada nikmat tuhan.Aku sejak di lahirkan lagi sudah di berikan mama dan abah yang sangat sporting.Keluarga yang sangat memahami.Keluarga yang bahagia.Keluarga yang boleh buat aku mengadu susah dan senang.Keluarga adalah segala-galanya.Walaupun aku tahu sebagai anak.Kadang-kadang kita sentiasa memberontak tak tentu pasal.

Sengaja melanggar peraturan tapi mama & abah tetap jugak mengaku aku anak dia.Walaupun bukan mama & abah saja yang aku ada tapi aku di kurniakan adik-beradik yang ramai(see lihat atas tu..ramaikan semuanya 7orang)Heeeeeeeee..Bestnya kalau da kumpul ramai-ramai satu rumah mesti rumah boleh bergegar sebabnya adik-beradik aku ni semuanya kecoh-kecoh(mulut tak reti diam)Best...Kalau berkumpul ramai-ramai tu boleh pecah rumah abah nie..Hahaha

Semula.Background desktop..Waaa semangat betul minah ni.

Sejuk je mata aku tengok adik- beradik aku semua sudah besar.Dulu mama cerita masa kecik-kecik kita orang nie ramai kadang-kadang susah nak jaga.Tapi mama kata sudah besar sejuk mata tengok anak-anak dia sudah besar.Betul memang best sangat.Sebabnya adik-beradik ramai la paling best.Boleh jadikan teman gaduh.Heeeee...

Abah,Mama,Along,sab,aku n tiah

Bersyukur sangat aku masih ade keluarga.Yahoooooo..Aku sayang keluarga aku.Aku sayang semua..Huhuhu mesti adik-beradik aku yang membaca entry nie terang-terang terasa mual nak muntah..Huuuuuuuu Sayang korang beb.

Manusia nie comelkan...waaaaaaa perasannye


Thursday, November 4, 2010

Mama yang KAKI JALAN..






Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..


Apa kes aku label Mama aku kaki jalan..Yela pantang nampak sikit aku duduk golek-golek senang hati plus++ tak ada kerja mesti ada sahaja idea Mama nak ajak aku berjalan..Faham-faham jela dengan orang tua kalau jalan mesti nak pergi pun tempat orang tua jugak.Hishhhhhh...korang mesti terang-terang sudah faham akukan jiwa muda..Mesti la nak hang out dengan orang muda gak..Nie bila mama aku ajak berjalan semua tempat orang tua yang penuh.Tensi..tensi..


Jap tengok sapa tu..OWNER BLOG!Time nie nak bawak mama pergi jalan-jalan

Maklum la saja aku ini boleh di kira orang paling sedap
hidup(makan,minum,tidur,tempat tinggal,kerja semua dengan family)Hahahahaha kadang-kadang ada jugak rasa tak best berbagai-bagai tapi bila dipikir-pikir balik aku la manusia yang paling berbahagia Makan sedap tidur sedap jalan sedap berat cangkuk..LOL memang kegilaan disini..

Sudah mati akal bila My Mama ajak kuar berjalan..Ada sahaja alas
an yang boleh diterima akal atau tidak aku akan berikan..Hurhhhhh nyirap betul la kena bawak mama pergi jalan ni..Macam tak ada orang lain yang nak bawa mak akukan padahal anak mama ada ramai..7 orang(termasuk aku)Tapi mama kata dengan aku paling the best untuk pergi memana..Heh mama padahal membodek tu! Yela kakak-kakak aku pun dengki sebenarnya dengan aku ini..

Dengan terang tanpa bersuluh tak de komitmen yang banyak hanya menguruskan kerja yang ciput macam president besar.Tu la makanya mereka jelaous sebab mereka-mereka ini kerja dengan orang.Bukan bapak sendiri kalau aku yela boleh suka hati jadi Princess..

Berbalik pada cerita mama aku memang mama aku nie kuat sangat berjalan..Mungkin mitos kot kalau siapa yang ada tahi lalat kat kaki kuat jalan macam mama aku nie.Haish nasib la mama ada anak dia macam aku yang boleh melayan kerenah dia..Hahahahaha..best jugak sebenarnya dapat kuar ngan mummy saving sikit duit aku..Tak la nak makan pun pakai duit sendiri sebabnya aku ada mesin atm bergerak..Best konfom best bila korang-korang yang kerja nie bila pergi mesin atm je nampak duit baki tak luak-luak..Hehehehe sukanya..

With mummy kat Penang Village Alamanda & adikku yang perasaan macam princess korea(Tiah)

Apa-apapun even mama aku kaki jalan sebagai anak yang tiada tanggungjawab nie perlu juga bawak kemana-mana yela nanti dah tak duduk ngan mama mesti rindu gila-gila.

Seee!Mummy dengan aku.

P/S: Tolong hargai mama kita..Mama aku kaki berjalan so aku pun dah ikut hobi dia.kalau sabtu & ahad mesti tak lekat rumah..

Happy Deepavali ..



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..


Happy Deepavali untuk semua..Jumaat hari ini..Bagus..bagus..bagus sangat ..Bagus sebab apa??Bagus la sebab semua orang menyorak dengan gembira lagi boleh cuti panjang siut 3 hari tu..Hahahaha..So apa buat cuti-cuti yang panjang begini..Lagi-lagi maklum saja awal bulan sedap sikit kuar..Masyuk lagi..Hahahaha bagi aku yang bekerja ni la yang berduit kalau yang tak berduit tu maklum saja gigit jari la beb nangis dalam hati oh Duit sudah tarak!


Cerita pasal DEEPAVALI ni semalam aku tengah khusyuk-khusyuk duduk menghadap novel tetiba dapat SMS...Cepat-cepat aku baca ingatkan dapat SMS membe aku ajak kuar besok!Hurh berkobar-kobar membuka inbox sambil mata luas=luas aku buka sambil membaca roper-ropernya dapat SMS dari Enchik MAXIS daaa..Maxis ucap HAPPY DEEPAVALI dengan siap ada gambar lilin-lilin tu(Aku dalam hati siap memaki hamun enchik MAXIS!) Mangkuk tingkat la Maxis ni..Dia ingat aku keturunan INDIA ke agama HINDU ke????Persoalan ????

Boleh jawab tak...Maxis make mistake ke..Hahahahahaha lawak antarabangsa betul..Masa raya hari tu aku tak dapat pun ucapan raya cuma dapat ucapan SELAMAT BERPUASA je..Confius disini..Ada jawapan tak untuk soalan saya...Jawab ye kalau pandai..

Memang mangkuk tingkat je!!Hurh mengeluh tiba-tiba dah terang-terang masa aku isi form daftar hari itu aku isi nama aku NOOR FATIN HANANI BINTI OTHMAN kut agama ISLAM keturunan MELAYU..ciiiiiit!!!!!! Butakah yang tukang key in data tu maybe kut dia tersilap key in..Yela manusia tak sempurna..Betulkan?? Tak pa daaa aku maafkan la tapi ni Maxis takkan TAK DETECT customer aku tahu la OWNER & SHARE HOLDER yang paling besar tu INDIA!Pegiii dah..Nyampah aku..Tak puas hati nie..

Happy Deepavali untuk semua..Gunakan kesempatan bercuti yang panjang ini dengan sebaik mungkin okey..

P/S :Maxis memang mangkuk tingkat bla.bla.bla.Akanku buat complain nanti.Customer always right!Ketegasan disini ye..


Monday, November 1, 2010

Mudahnya Saya Jatuh Cinta!



Assalamulaikum w.b.t & Salam sejahtera..

Malam yang paling indah aku rasakan..Hati bertambah-tambah semakin girang akibat Saya sudah jatuh Cinta kembali..Ouh jangan salah anggap ok..Maksud saya begini saya jatuh cinta kembali kepada hobi saya yang terdahulu..

Hobi yang bertahun-tahun aku tinggalkan kerana sudah muak..Ouh jangan bilang benci nanti akhirnya kamu akan tersungkur jugak..euuuww...

Sebenarnya hobi aku tu membaca novel..huhu..Gembira sangat dalam masa 1 ari dapat baca 2 novel..memang gilakan!

huhuhuhu tu la dah kata minat yang mendalam nak tahu tak aku dah ade koleksi novel dekat 6++


peeeeeeeeeuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
peeeeeeeeeeeeeeeeeeeeuuuu


aku nak sambung membaca "Kau Milikku"
best sangat

hehehehee tengah semangat berkobar-kobar nak beskan malam ni gak.