Tuesday, September 28, 2010

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA

Assalamulaikum w.b.t & Salam sejahtera semua..


Atentanton berbesar hati ini menjemput semua teman bloger,teman facebook,teman sekolah dan semua teman-teman yang mengenali rapat atau tidak rapat untuk menghadiri RUMAH TERBUKA saya dan family

Di Alamat : NO 43 JALAN 5/6 SERDANG JAYA
SERDANG JAYA 43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR(maaf semua map tak dapat dimasukkan kerana ada masalah)
Tarikh : 2HB OKTOBER 2010
Masa :Bermula 5.oop.m sehingga 11.00pm

Kedatangan teman-teman di alu-alukan..
Semoga kedatangan semua memeriahkan lagi suasana rumah terbuka keluarga atentanton.

Ikhlas dari saya
ATENTANTON

JIHAD CINTA DAMIA...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


“Apa salah Mia, mama? Mia tutup aurat, Mia solat..tiap-tiap hari Mia doakan kesejahteraan keluarga kita ma, tapi kenapa Tuhan balas Mia begini??!” Damia berada erat dalam dakapan ibunya, Faridah.

Sejak anaknya menjadi mangsa kerakusan lelaki tidak berhati perut, sejak itulah hidup anaknya seakan gelap. Tiada lagi senyum dan tawa yang menghiasi satu-satunya anak perempuan kesayangannya. Tercabar jua naluri keibuannya. Entah apa lagi yang harus dilakukan untuk mengembalikan semangat puteri kesayangannya. Pujukan dengan kata-kata seakan lemah buat Damia. Hanya doa yang mampu Faridah titipkan agar Damia kembali positif dalam hidupnya.
’Andai ibu diberi pilihan, biarlah ibu yang menanggung deritamu, Mia,’ bisik hati kecilnya.

Damia bukan lagi seperti dulu. Perwatakannya jauh berbeza dari sebelumnya. Kalau dulu pada awal subuh dan selepas maghrib akan terdengar alunan bacaan Al-Quran yang merdu menghiasi kamarnya. Namun kali ini cuma esakan yang menjadi ganti suasana itu. Ah,rindunya pada Damia yang dulu! Terkadang hampir sahaja keluar sumpah serana dari bibirnya untuk lelaki tak bertamadun itu. Kalau ikutkan hati, biarlah lelaki itu mati ditangannya!

“Mama tak tahu lagi nak buat apa..mak tak sanggup tengok adik kamu terus menangis macam ni. Sekarang dah hampir tiga bulan Johan. Tiga bulan! Tengoklah apa lelaki keparat tu dah buat dengan adik kamu! Makan pun payah, solat pun dia dah abaikan, asyik menangis..menangis…menangis. Jumpa doktor psikologi pun tak ada sembuhnya!” perasaannya berbaur marah dan kecewa.

Ujian apakah yang menimpa keluarganya? Cukuplah dia melalui zaman perit bersama bekas suaminya dulu, cukuplah hanya dia yang menanggung derita dan kecewanya terhadap seorang lelaki. Kenapa ‘lelaki’ juga yang memusnahkan hidup anaknya, Damia?!

“Ma, Jo tahu apa yang menimpa Damia memang teruk dan tak pernah terfikir pun ia akan berlaku. Tapi Jo yakin setiap kejadian ada hikmahnya, ma. Mama pernah ajar Jo kan, kita tak boleh putus asa dalam hidup ni sedangkan Allah masih tidak pernah putus menghulurkan pemberian-Nya. Allah masih memberi kita waktu untuk bernafas di udara-Nya, memberi waktu untuk mengingati-Nya, memohon pada-Nya. Mama juga pernah kata,tiap perbuatan ada balasannya. Selagi kita berhambakan Allah untuk hidup, dan bukan berhambakan hidup untuk Allah, kita pasti akan menemui kebahagiaan. Entah dunia atau akhirat…” Matang bicara Johan.

Jatuh jua air mata Faridah, bersyukur memiliki anak seperti Johan. Saat dia hampir rebah, dia punya anak yang memapah. Wajarkah dia berputus asa pada rahmat-Nya?

“Alhamdulillah…terima kasih sedarkan mama, Jo. Kita sama-sama berdoa, semoga adik kamu tabah dan mendapat hidayah-Nya.” Johan tersenyum sambil memegang erat tangan ibunya.

Jam hampir menunjukkan jam 8.20 malam. Bising. Satu-persatu buku dari rak yang tersusun kemas dibiarkan berselerak diatas lantai. Apa sahaja objek dihadapan mata Mia seakan tidak kena pada tempatnya. Pasu bunga yang dibiarkan jatuh dan pecah dihadapannya seakan menghiburkan hati. Lantas jari-jemarinya bermain dengan serpihan kaca yang berterabur di sekitar permukaan lantai. Tiada perkataan ‘luka’ yang wujud pada deria rasa saat Mia menyentuh serpihan-serpihan kaca oleh jemarinya. Baginya tidak ada gunanya lagi dia menghargai jasad yang sudah menjadi mangsa nafsu hamba dunia. Kotor! Jijik!

“Astaghfirullah..Mia!” Faridah berlari mendapatkan Mia. Johan pantas menarik tangan adiknya yang sudah dibasahi darah kerana luka dari serpihan kaca yang disentuhnya.

“Mia! Kau sedar tak apa yang kau buat ni?!!”

“Johan, janganlah marah adik kamu..dia masih tak stabil,” ujar Faridah sambil berusaha menghentikan pendarahan dari kedua tapak tangan anaknya.

“Mia dah melampau ma! Kita berusaha untuk kembalikan semangatnya..kita berdoa untuk dia tapi dia pula berusaha membunuh diri! Apa yang kau nak Mia? Kau nak biarkan lelaki tu rampas kesucian hati kau pula? Jangan pernah salahkan takdir Mia..Jangan pernah kesalkan hidup. Kau tak sedar ke berapa ramai lagi mangsa rogol diluar sana yang tak berpeluang meneruskan hidup macam kau? Jangan biarkan kebodohan lelaki tu pun buat kau bodoh!” Damia terdiam walau air matanya terus membasahi pipi gebunya.

Faridah hanya mampu diam, membiarkan Johan meneruskan kata-katanya dengan harapan dapat menyedarkan Damia.

“Berapa ramai lagi yang diuji diluar sana, sampai cacat pendengaran, buta pandangan tapi masih ada keinginan meneruskan hidup! Masih menghargai nyawa yang dianugerahi Allah. Abang tak kata dugaan kau tak sehebat mereka, tapi abang nak kau sedar Mia, betapa hebat pun ujian dan dugaan yang kita terima semuanya berpaksikan kembali pada Allah. Mengingati Allah.” Johan tunduk menyelindungkan wajahnya yang dibasahi airmata.

Bukan niatnya untuk memburukkan Damia, tidak terdetik sedikitpun niat untuk melemparkan semua kesilapan di bahu Damia. Hati kecilnya turut tercalar dengan peristiwa yang menimpa adiknya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya yang mengakui tidak menjaga Damia sebaiknya. Andai sahaja dia tahu akan berlaku sesuatu, pasti Johan sanggup membatalkan niatnya untuk pergi mesyuarat. Aku tak patut biarkan Damia balik bersendirian!

“Maafkan Mia..mama, abang Johan..”

“Mia tak pernah salah dengan mama, sayang.” Faridah menyeka airmata Damia.

“Mia..jasad ni milik Allah. Apa yang berlaku semua ada hikmah. Abang minta maaf tak lindungi Mia sebaiknya..”

Keluarga mereka bersatu dalam pelukan, bersatu dalam tangisan. Berdoa semoga ada sinar harapan yang cerah untuk mereka, semoga titik-titik luka tidak akan memutuskan ikatan silaturrahim yang sekian lama terbina. Semoga harapan itulah yang menghidupkan kembali keyakinan pada Mia. Semoga ada kesabaran yang subur pada jiwa Damia.


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

************

10 Ramadhan..

Setahun berlalu. Hari ini Mia akanberdepan dengan peperiksaan akhir sem. Awal subuh tadi dia terdengar Mia membaca al-Mathurat sebagai permulaan hari yang baik untuk Mia menghadapi peperiksaannya. Hatinya semakin tenang saat melihat senyuman yang sentiasa terukir di wajah Damia.

“Mama doakan Mia dapat jawab yang terbaik nanti. Jangan lupa, sebelum jawab soalan…”

“Hadiahkan Al-fatihah buat diri sendiri, pemeriksa dan saudara kita..serta selawat untuk nabi,” pintas Mia menyambung pesanan ibunya yang meresap diruang fikirannya.

“Pandai pun anak mama ni. Johan pun hati-hati memandu tu..jangan nak cepat sampai je.”

“Baik ma..InsyaAllah..” jawab Johan perlahan.

"Beruntung Mia dapat jawab exam dalam bulan ramadhan ni. InsyaAllah dapat keberkatan, sambil berjihad dengan nafsu, berjihad pula dengan ilmu.” Tambah mama terus memberikan semangat buat Damia.

“InsyaAllah, betul tu Mia..untung Mia tau. Asalkan niat betul, Allah pasti memelihara,” sambung Johan sambil bersalam dengan ibunya dan diikuti Mia.


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al-Anfaal : 2)

**********

'Banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Masih ada masa untuk Haris memikirkan kembali keputusannya. Aku keliru. Benarkah dia benar-benar cintakan aku? Kenapa dia tidak mempersoalkan sedikitpun tentang kisah lalu aku? Maisarah menemaniku menemui Haris. Abang Johan dan mama pun tidak tahu pertemuan yang ku rancang dua hari sebelum tarikh pernikahan. Sepanjang menunggu kedatangan Haris, hati yang menanti penuh debaran diisi zikrullah. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketenangan buatku. Maisarah tidak putus-putus memberikan nasihat agar aku mengawal emosi bertemu dengan lelaki yang belum lagi mempunyai ikatan sah denganku. Malah,ini adalah kali pertama aku akan bertemu dengan seorang lelaki yang membicarakan soal perasaan, soal diri masing-masing.'

“Haris dah datang.” Bisikan Maisarah seperti menusuk ke ruang hati.

“Assalamualaikum..” sapa Haris dan terus duduk berhadapan Damia. Mereka tidak tahu, Haris juga pertama kali duduk semeja dengan perempuan yang pertama menyentuh naluri lelakinya, Damia. Malah tidak terfikir pun, gadis muda berusia 21 tahun dihadapannya akan menjadi permaisuri hatinya, dunia akhirat. InsyaAllah..

“Waalaikumussalam..” jawab Damia dan Maisarah serentak. Setelah itu, diam merajai suasana tatkala masing-masing menunggu pihak mana yang akan bersuara. Damia tunggu Haris. Haris pula menunggu Damia. Maisarah? Akhirnya Maisarah juga yang memulakan perbualan setelah minuman yang dipesan telah tiba.

“Awak..awak masih ada masa nak ubah fikiran, Ris,” ujar Maisarah.

‘Thanks Mai! Tapi bukan aku ke sepatutnya cakap dialog tu?’ getus hati kecil Damia.

“Nak ubah fikiran? Kenapa Damia? Awak tak setuju ke?” soal Haris, bingung sambil merenung Damia, mengharapkan jawapan.

“Bukan tak setuju..tapi,tapi..saya tak seperti perempuan lain. Awak kena faham tu”

“Ya. Saya faham Mia, awak tak sama dengan perempuan di luar sana. Awak gadis tabah yang tetap teguh di jalan Allah walaupun Dia sentiasa menguji awak.”

“Tapi..”

“Damia, dengar sini. Bukan kecantikan jasad awak yang membangkitkan rasa cinta saya pada awak, kerana bagi saya semua wanita ciptaan Allah dicipta dengan kecantikan tersendiri. Tapi kecantikan hati dan keperibadian awak yang mengagumkan saya. Kerana tak semua wanita mampu bangun dan terus berpegang teguh pada takdir-Nya setelah rebah dengan dugaan atau musibah. Saya cintakan awak bukan untuk dunia je, tapi akhirat. Serahkan laluan cinta pada Allah, bukan saya semata..InsyaAllah. Awak akan lebih tenang..”

Terdiam. Bibir seakan terkunci rapat untuk bersuara. Lidah seakan kelu untuk berbicara. Hanya satu yang ku tekadkan dalam hati. Aku redha atas ketentuan-Nya. Hanya dia yang tahu apa yang terbaik.

**********
Skrin komputer riba ditatap lama. Puisi itu benar-benar menyentuh jiwanya. Blog ‘An-Nisaa’ yang menjadi tatapan Haris kini menarik perhatian. Penuh dengan puisi keagamaan. Siapakah yang diilhami Allah SWT untuk menulis puisi yang begitu indah pada iman. Semoga setiap pembacanya mendapat manfaat dan menghayati tiap bait-bait ayat yang begitu menggegarkan jiwa khalifah. Walau siapa pun penulisnya, semoga Allah merahmatinya.

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

Puisi ‘Aku jatuh cinta’ dibacanya berulangkali. Sesekali airmata yang jatuh disekanya segera. Bibirnya meniti istighfar. Puisi itu seakan merasuk kamar emosinya. Menerjah diruang fikirannya. Lantas jasadnya bangun menyucikan diri dengan wudhu. Tenang. Jiwanya dibalut ketenangan usai sahaja solat tahajudnya tengah malam itu. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..zikir berlagu pada bibir, jiwa dan meresap di hati.

**************

“Terima kasih kak Mia, selama ni akak dah banyak bagi dorongan dan nasihat pada Alia, kalau tak..entahlah apa yang akan jadi.”

Wajah Alia ditatap lama. Bukan kerana simpati yang membakar semangatnya untuk membantu Alia, tetapi gadis belasan tahun yang baru memasuki pusat perlindungan Anisa itu benar-benar menyentuh naluri wanitanya. Alia menjadi mangsa rogol manusia tak berperikemanusiaan. Kejam. Satu-satunya ayat yang layak menggambarkan derita gadis ini. Mujur Allah memberi rahmat dan petunjuk pada hambanya yang lemah. Biar jasad ditindas, tapi iman sedikitpun tidak akan tercalar.

“Syukur pada ALLAH SWT, hanya dia yang memberi sinar pada jiwa kita. Kakak cuma jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim, Lia.”

“Semalam cikgu Haris beri ceramah sekejap je, tapi kali ini lebih banyak mendengar dan menghayati..tak seperti selalu.”

“Kenapa, dia cakap tentang apa?”

“Kebanyakan penghuni yang ada disini lemas kerana cinta nafsu, ditindas kerana cinta dunia..Tapi semalam, bila cikgu Haris berikan puisi ni..kita sebagai wanita semua hanya terdiam. Dalam diam, semuanya ingin berubah dan bersihkan niat dalam hati, kak.” Sayu ucapan Alia sambil tangan kanannya lantas menghulur kertas putih yang berada digenggamannya tadi.

Mata membaca setiap bait ayat, menerjah ruang minda dan mencari sudut jiwa. Lantas bibir menguntum senyuman.

“Kenapa akak senyum semacam je, akak pernah baca puisi ni ke?” Alia bingung.

“Puisi ni sangat dekat dengan akak, Lia..sentiasa rapat dihati akak..”

“Puisi ni diambil dari…”

“Blog An-Nisa.” Sambung Damia.

Tepat sangkaannya, getus Alia. “Kakak penulis puisi yang selama ni cikgu Haris beri pada kami?” soal Alia terus.

Namun Damia hanya memberikan senyuman sebagai jawapan. Menyembunyikan sedikit emosinya yang masih terkejut kerana suaminya menggunakan nukilan puisi dalam blognya sebagai bahan kaunseling. Tidak menyangka Haris turut menyelami curahan jiwanya dan menyampaikannya dalam corak bimbingan kaunseling.

“Cikgu Haris tak tahulah selama ni yang tulis puisi kegemarannya ialah isterinya sendiri.” Usik Alia.

“Akak pun tak sangka suami akak boleh terjah blog akak. Sebelum ni memang ada yang minta izin copy semua karya akak melalui emel, tapi akak tak tahu yang minta izin tu suami akak sendiri,” ujarnya sedikit tergelak. Subhanallah..

Kertas yang dicetak dari laman blognya ditatap bersama Alia.


Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'


"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.” Panjang bicara Damia.

Hilang kata-kata dari Alia, mereka berdakapan. Terusik dengan kata-kata Damia. Kenapalah sebelum ini aku tidak menghargai nyawa, terlalu awal untuk menyerah dengan kehidupan? Sedangkan Allah tidak putus-putus memberi kesempatan. Air mata mengalir dipipi gebu Alia. Hatinya terlalu akrab dengan Damia.

“Kenapa akak memahami Lia? Adik dan ibu Alia sendiri tak dapat nak faham Lia..situasi Lia. Akak pun…pernah lalui masa derita macam Lia juga ke?”

Damia tersenyum, biarlah Alia mentafsirkan sendiri makna senyumannya kali ini. Alia memandang Damia dengan pandangan berkaca dan bibirnya turut menguntum senyuman walau soalannya tidak terjawab dengan lisan.

“Bukanlah masa ‘derita’ Lia..tetapi masa yang terlalu berharga. Airmata yang menangis buat Pencipta, melihat putaran kehidupan dengan mencari hikmah yang tersembunyi dari Allah, rindu untuk terus sujud mengharapkan bantuan dan menyandarkan harapan pada-Nya. Istilah ‘derita’ itu patut digantikan dengan ‘tarbiyah’..Kita belajar dan diajar melalui kehidupan, Alia. Jadi, jangan anggap ini masa derita buat Alia, belum tentu orang yang bahagia ikhlas mengingati Allah. Saat yang dianggap derita itulah kita sentiasa bertemankan doa.”

“Ya..Alhamdulillah, terima kasih kak. Kakak terlalu banyak sedarkan Alia. Alia jahil dengan dunia kak.”

“Alhamdulillah..semuanya dari Allah..” Damia tersentak.

Sejak bila suaminya berada dihadapan mereka? Tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita yang terselak ditiup angin menampakkan jasad Haris yang benar-benar berada dihadapan. Dengarkah dia semua bicaranya pada Alia?

Selesai berjemaah solat Asar, Haris terus mendekati isterinya. Tapi kali ini lain panggilan yang keluar dari mulutnya.

“Nampaknya hari ni biar abang yang masak untuk makan malam, khas buat isteri yang tersayang, An-Nisa” Senyuman Haris memerangkap emosinya. Tapi…

Abang sebut Nisa tu, nama madu buat Mia ke?” Damia sengaja mengusik.

“Amboi, tak payah nak sorok lagi..lepas ni abang nak bukukan karya tulisan isteri abang. Tak payahlah nak hantar emel nak minta izin kan?” Sah, Haris dengar tadi! Siap menyindir pula.

“Yelah abang, maaflah sebab berahsia dengan abang.”

“Takdelah..Alhamdulillah, abang beruntung berjumpa dengan penulis puisi kegemaran abang yang selama ni dekat dengan abang, dan dapat tahu rahsia sayang pun kat tempat kegemaran abang, kat surau rumah Anisa. Kenapalah abang tak boleh agak selama ni? Rupanya nama yang sayang beri untuk rumah perlindungan ni pun sama dengan nama blog sayang kan?”

Rumah perlindungan untuk wanita yang tertindas diberi nama Anisa, walaupun masih baru tetapi berjaya memberi sinar baru buat penghuni-penghuninya. Alhamdulillah,itulah harapan mereka. Itulah Jihad cinta Damia.

“Eh, kata nak masak untuk isteri tersayang, jomlah balik rumah cepat, nanti traffic jammed lambat pula.”

“Sebelum tu…nak tahu tak rahsia abang tak?”

“Apa?” ucap Damia tidak sabar.

Puisi ‘Aku jatuh cinta’ tu lah yang buat abang terus menyintai sayang kerana Allah..” bisik Haris. Bisikan yang membawa manik-manik ketenangan apalagi saat Haris menyebut nama Allah. Lantas zikrullah menghiasi kamar hatinya sambil menatap wajah suami tercintanya Haris.

Jihad cinta buat-Mu ya Rabb. Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu. Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu.










Mengapa YAHUDI Bijak????

Assalamualaikum w.b.t &Salam Sejahtera




Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, geg
aran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.


Bersama-sam kita merenung dan berfikir..Perubahan pada diri kita juga perlu supaya ISLAM tidak ditindas dengan kehalusandan kebijaksanaan mereka..

Monday, September 27, 2010

Memaafkan seseorang amat susah...BETUL KE??

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..

Tiba-tiba hati aku berbisik raya sudah beberapa ketika meninggalkan kita..sedangkan ade beberapa orang insan aku tidak dapat memaafkan kesalahannya..

Mungkin ade antara yang sedang membaca blog aku mengatakan aku sangat kejam..Tapi bagi aku TIDAK.sebabnya kesalahan yang dibuat insan ini terlalu membuatkan aku terasa dipersendakan..Mungkin ade yang membaca tidak memahami isi hati aku..Tetapi cukuplah sekadar mengetahui aku seperti diludah-ludah dengan air liur yang BASI tanpa aku tidak membuat sebarang kesalahan ..malah lagi hebat dari itu..cukuplah sekadar itu saja mampu aku katakan..

Tetapi aku terfikir TIDAK MALUKAH dia ???
HHMMM DAHSYATKAN!!

Sehingga sekarang aku tak maafkan kau lagi..cukuplah satu pembaziran air liur kau buat aku sampai hati terguris..

Zalimkah aku sehingga tidak dapat memaafkan insan ini??
Tetapi hakikatnya aku bukan tidak mahu memaafkan tetapi lebih memikirkan kelak ia bakal melakukan sebegini lagi..
Perlukah kita maafkan insan itu???

Entahlah sampai bila hati ini akan begini sedangkan nabi maafkan umatnya..HMMMM hmmmmm saya bukan tidak mahu memaafkan tetapi sangat sakit hati apabila mengingati..Bukan aku yang kejam tapi dia yang kejam..

Memaafkan seseorang itu mungkin mengambil masa yang lama mungkin..
BERDOSAKAH aku sekarang??
Tetapi aku hanya insan yang tidak sesempurna...
Keluhan demi keluhan terbeku di hati..
apakah??
bagaimanakah??
Mungkin suatu hari nanti...

Manusia sering tidak sedar akan salahnya tetapi salah orang sering di nampak..
Memaafkan seseorang yang sudah menyakitkan hati kita memang amat payah..

hmmmmm
maafkan saya ..
Saya juga tidak sempurna
Saya amat sakit hati..
Mungkin menunggu masa..

Jangan kata saya kejam tapi anda tidak faham...



Sunday, September 26, 2010

:)

Assalamulaikum w.b.t & salam sejahtera


i`m happy
yahoooo....:):)

hehe..
suka sangat sebb hati senang okey
nanti la aten story..
bye ade keje sikit nak buat
bye jumpa len entry

i love my family
i love my self
i ove my besh friend

Friday, September 17, 2010

Raya..raya..raya apa lg jom raya la

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,



muka ceria atentanton..peace^______^

Apa khabar semua??

Syok tak raya tahun nie..hehehe sapa kata tak beshkan..Mesti la syok
Tapi atentanton rasa budak2 kecik lg syokkkannnn!!hehehe poket dorg masyuk tau..banyak duit..Almaklumlah suasana raya budak2 la paling terkecoh sekali p kesana sini mengutip duit raya selagi tak penuh kocek selagi tu nampak muka dorang kat rumah..kannnnnn??


Bukan ke kita pun macam tu jgak!!hahahah..beshnyaaa la jd budak kecik dapat g beraya umah org dapat dt raya..tapi kita da besaq laaa hmmmm takkan nak mintak dt raya lg nanti malu lakannn!!ish malu la cheq..

Tapi hari raya kedua ari tu aku p jalan2 raya tau dgn family..hehehhe tak sangka dah besaq2 dapat dt raya jugak!hahahaha..4 buah rumah aku berkunjung..tak sangka dapat RM45..hahahaha sikitkannnnnn!!hmmm klu tak rasenyaaa lg lebey kot mybe sebb raya kat kl..tak pe jnji aku dapat beraya dt raya tak penting punnnnnn.....

So macam mana aktiviti raya korang??dah pergi berkunjung ke semua rumah??nie dah masuk 2 minggu kita raya so ade apa2 tak perancangan dalam masa seminggu lebey nie...

sekarang ni kat kl dah merata2 cerok tiap2 minggu atau ada je cuti..Msti je ade rumah terbuka,kenduri,majlis kawin..

cerita pasal raya tak bes jom layan gambar !!

bermesra di hari raya

Sunday, September 12, 2010

Hari raya pertama..

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,



Tengok tu aku yang chomeyl bersama ged`s..Terkenan kucing namanya cik tiah tu!

Tak terlambat lg atentanton nak ucap
Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua..Again Selamat hari raya..Kat sini atentanton a.k.a fatin hanani ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas salah silap yg dibuat atau tersengaja..Biasala saya manusia biasa yg sentiasa membuat kesalahan..Pejam tanpa celik pejam tanpa celik kini sudah masuk hari ketiga kita semua menyambuat hari raya..Alhamdulilah dapat juga berayakan..

Tahun ini merupakan tahun yg sangat berlainan bg keluarga aku..
KENAPA???
Hehehe..Untuk pertama kalinya dalam sejarah tidak pulang berhari raya ke kampung halaman mama & abah..
Saja bertukar angin..Tidaklah kerana kesibukan sebenarnya membuatkan kami sekeluarga tidak pulang ke sana di tambah pula kakak aku yang 2 orang itu berkerja..Masa pun amat cepat berlalu..Almaklum saja la sekarang ini tanpa kita sedari masa cepat sangat berputar..Aku pun tak sangka dah raya ketiga ini..Muahahahaha..

Tak pe walaupun tak dapat beraya di kampung di kuala lumpur juga rayanya meriah juga dapat bersama keluarga tercinta..

Situasi Hari Raya Pertama :
-Bagun seawal 7 pagi di kejutkan mummy tersayang...
-Lepas bagun terus mandi sunat hari raya
-Bersiap ke Masjid Sultan Mizan putrajaya(masjid besi!)besh sangat
-Balik ke rumah ramai pulak tetamu yang datang
-Menyibukkan diri di dapur sambil melayan tetamu
-Sesi bergambar bersama gedik2 sedunia(adik2 aku!)
-Sesi yg paling dinantikan pada hari raya sahaja..Bermaaf-maafan ok with my lovely family..so sweet
-Again bergambar sehingga penat
-Malamnya kami ke Alamanda tengok wayang cite 4 madu..Muahahaha tapi yg beshnya aku tido beb..hurh memalukan kaum betul!Penat weyh makan ketupat tu + penat jd bibik!cish tp ape2 pun cte tu tak besh!

Walau kat mana cerok pun kita beraya..Ape-ape pun beraya bersama keluarga tetap paling best!!Masa inilah kita dapat bersama.Well suka sangat yela hari-hari biasa pun ada tapi hari raya tetap paling istimewa..

with my lovely family!lol

Wednesday, September 8, 2010

selamat hari raya

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kira sudah berbaloi aku update kat blog itupun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita..

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Friday, September 3, 2010

nak raya dah..

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sekarang ini aku sibuk sangat ke hulu ke hilir so tu yg tak sempat nak update blog.Alhamdulilah memang dah terasa sangat mood mood raya ini.Almaklumlah tinggal5 hari ja lgi..Adoi aku cukup tak sangga gumbira.


Korang dah siap semua ka persiapan raya??

baju raya..
kasut raya..
tudung raya..khas utk pompuan
biskut raya..
rumah raya..ish melampau ni
kete raya..wow kaya betul pantang raya tukaq kete baru
hp raya..selalu dah duk nampak almklumlah setahu sekali jumpa sedara so nak tayang
dt raya..
apa lg ek??haaa tambah2 sendiri


Klu tak lg masih ade masa ala saat akhir ni lg bnyak brg murah sebb semua dah nak habiskan stok.Faham2 jela org malaysia kebanyakkan suka buat persiapan akhir.Tapi ape-ape pun dalam kita membuat persiapan tu berbelanjalah secara berhemah takut nanti lepas raya semua gigitjari.Tak pe klu dapat pakai baju lama pun.Tak dak sapa pun kesah!hahahha


kat sini nak kongsi link blog catering mak aku :

http://cateringhidayah.blogspot.com/2010/09/ayam-percik-hidayah.html#comments

Untuk pengetahuan semua bulan pose ni mak aku off sekejap utk order catering.Bulan pose macam ni mak aku bz dengan ayam perciknya..WAU aku cakap ngan korang memeng mantap!bukan aku sorang nak puji ,,tapi klu nak rase datanglah ke bazar ramadhan seri serdang.ok untuk maklumat lebih lanjut klik link atas tu..untuk rumah terbuka pun boleh order!


SELAMAT HARI RAYA IN ADVANCE DARI FATIH HANANI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada sesiapa yang membawa kereta ke kampung silalah pandu nerhati-hati ok.Bawaklah kete elok2 jgn smapai ade kecelakaan.