Saturday, April 9, 2011

Kerana belajar...





Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..


Lama sangat tak update blog.Aku teramat sibuk dengan be
lajar.Dan sebab kedua aku tak de line internet kat umah sewa so sebab tula dah lama gila tak update blog ni sibuk dengan belajar.Isnin sampai Jum
aat full class..Sekarang ni aku dah semester 2 tapi short semester la..Hmmm sampaikan blog terabai..Belajar lagi nak buat assigment lagi..Nak study lg..Hari-hari la boleh katakan aku sibuk.

Haaaaaaa sekarang ni baru freeeeee so aku update blog
Semester ni aku banyak masuk pastry kitchen so lg bertambah sibuk la.Subjek yg paling aku excited sebabnya aku kat umah tak penah pun buat & tolong sape2 bila di minta untuk tolong..hahahahahaha..BEST SANGAT2!
Nanti aku update ye apa yg aku belajar..

Nie pie sardine..Aku dah belajar..hehehe senang je buat ni..
DAN banyak l;g pie,bread,cake,sponge cake,cookies aku belajar..

Nanti aku kongsi resipi ye..nak out dulu
BUIBUI

Awas dengan TELUR PALSU!!!



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera....

Aku ada terbaca tentang TELUR PALSU dan nak kongsi dengan korang semua.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).


CAP telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.


Bagaimanapun kisah telur ini telah saya tulis kira-kira setahun lepas dalam Perakite. Berikut laporan mengenai telur berkenaan.

China memang terkenal dengan pelbagai perkara aneh, termasuk ler dalam hal ehwal pemalsuan produk dan yang terkini ialah mengeluarkan telor palsu. Ye ler telor palsu, sama seperti telor original...boleh digoreng, digulai dan dimasak.


Ia antara menu terpopular masakan palsu di negara itu.


Untuk membuat telor palsu ini, tujuh bahan kimia diperlukan iaitu antaranya Kalsium Karbonat, kanji, resin dan alum. Selepas diadun, bahan ini dimasukkan ke dalam mould/sarang berbentuk telor. Pewarna kemudian dititiskan.

Kuning telor juga dibentuk dalam sarang/mould dengan mengunakan bahan khas yang jmengandungi kalsium klorida. Selepas dicampurkan sedikit pewarna kuning, maka ia kelihatanlah seperti kuning telor sebenar.

Selepas dibuat putih telor dan dimasukan kuning telor ke dalam sarang/mould itu, ia dibiarkan membeku membentuk menjadi seperti putih dan kuning telor, selepas itu ia direndamkan ke dalam lilin parafin dan kalsium karbonat berulang kali, sebelum dibiarkan mengering. Jadi ler sebiji telor.

Telor palsu ini mudah pecah, tapi ia nampak betul-betul seperti telor.

Semasa digoreng, telor ini sama seperti telor biasa kecuali ada ler buih-buih terbentuk. Ada yang kata telor palsu ini lebih enak dari telor original.


AWAS YE KAWAN-KAWAN.Hati-hati apabila membeli telur ye kawan-kawan.