Monday, August 13, 2012

Sedih




Assalamualaikum w.b.t


Today is 25 Ramadhan.Secara automatiknya tirai ramadhan bakal ke penghujung dengan berbaki 4 hari lg.How about preparation for raya done?Ahahaha kalau aku not yet..

Just to show u some video.Sangat sedih menyentuh hati sangat-sangat.Sob sob sob ramai orang kongsikan video ini.


 

Jom balik raya jumpa Keluarga.Hargailah orang tersayang.

Sunday, August 5, 2012

DLCW DIHARGAI!Jom PAKAT serbu KAYU NASI KANDAQ SS2 PJ makan FREE sempena


 
 
 ASSALAMUALAIKUM W.B.T ....
 
Tadi terbaca blog sorang mamt niyh so aku share kat korang semua..Jom pakat serbu KAYU Nasi Kandar SS2.Jom mari mari mari..Kita kalah bermarwah
 
 
 
 
 
Kayu Nasi Kandar SS2 Tetap Beri Makan Percuma Walaupun Chong Wei Tewas

PETALING JAYARestoran Original Penang Kayu Nasi Kandar tetap menyediakan makanan percuma walaupun pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir perseorangan di Sukan Olimpik 2012 di London.

Pengusahanya, Burhan Mohamaed berkata, beliau masih lagi menyediakan hidangan percuma pada Isnin dari pukul 7 petang sehingga 10 malam di cawangannya di SS2 di sini kerana Chong Wei telah membanggakan Malaysia.

“Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar pada Ahad.


“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.

Para pelanggan akan diberikan set hidangan berserta minuman kordial.

Terdahulu, restoran tersebut berhasrat untuk memberikan makanan malam secara percuma di salah satu cawangan restorannya sekiranya Chong Wei memenangi pingat emas.

Burhan menambah, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia perlu merasai seperti mana yang dirasainya.

Original Kayu Nasi Kandar – SS2
No. 64, Jalan SS2/10,
47300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: (03) 78774777
Fax: (03) 78767767

Daging BABI VERSUS Daging LEMBU!!

Assalamualaikum w.b.t  Semua...

Haaa mesti terperanjat dengan tajuk di atas tu..Just nak share ngan korang2 semua..Tahu tak membezakan antara daging Vavi dengan daging lembu..Mesti ade yg tak tahu n tahu even sikit2 je...kan kan

 Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.

 
 Dari segi warna
 
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging b.a.b.i biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.



Dari segi serat daging
 

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi , serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.



Dari lemak yang kelihatan
 
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat. 
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan 
lemak lembu.



 Dari segi tekstur
 
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan . Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan.



Dari segi aroma
 
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

Ciri-ciri secara Umum
 
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.
 


 P/s : Share-share la kat semua semua Umat Islam agar tidak tertipu apabila membeli daging.
 Share :nizaru.com

Friday, August 3, 2012

14 RAMADHAN

 Assalamualaikum semua....



Pejam celik pejam celik jap je dah 14 ramadhan..Esok2 lusa dah nak raya YAHOOO!!!!!
Sangat excited di situ..
Terawang-awang di pikiran baju raya,kasut raya,duit raya,kueh raya dan mood raya.YEAY cam dak-dak kecik aku ni padahl umur dah duo pulohan kan kan kan..

Saje nak selit2 gambar yang dah berkapang nie ..Hari tu 2 Ramadhan kot saje2 mengedik pegi KLCC nek pengangkutan awam ngan Cik D & Baby  

 Peace hehehe minggu ni nak p shopping nek pengangkutan awam agak2 mampu tak bulan2 pose ni..hahahhaa

 Eeeeeeeee tak sabarnya nak raya..Korang2 semua dah ready ke belum persiapan raya dan sewaktu dengannya yang berkaitan rayalah.Almaklumlah orang kalau nak raya kalau boleh semua nak baru.Ish yela nak jumpa sanak saudara,sepupu sepapat & kawan-kawan yang lama tak jumpa mestilah kena Vogue baru nampak korang " kelas ko jah ".

Errrr wordless hari ini sebab baru pas mid sem exam so nak kena topup tido..Tak sabar nak tunggu 19 OGOS yeay ghayelah..So sape2 yang tak buat persiapan raya lagi tu pegilah start membeli sekarang..Dah bnyak sale tu...hehehe aku kalu bab-bab sale ni 

suka sangat..Jom p shopping... 




Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan !

Assalamualaikum w.b.t  ''~~~~~~~"

Marhabahan ya Ramadhan.Ramadhan akan tiba tak berapa lama lagi.Yeay esok kita dah berpuasa.Malam nie dah bermulanya terawih.Ramadhan hanya akan datang sekali dalam setahun.Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita.Kita tak tahu perjalanan hidup kita sampai bila so anggaplah Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik kita sebagai umatNYA.Amin

Just nak SHARE NIAT BERPUASA.Kot2lah dah terlupa almaklumlah kita nie manusia biasa je.




Jangan Lupa Mengerjakan Solat Terawih  ye.. Ini juga lafaz & niat Solat Terawih


 Dan Selamat Berpuasa ye semua. Jangan lupa bangun sahur malam nie..hehehe huhuhu

Friday, July 6, 2012

Cerita aku

Assalamualaikum w.b.t


Manusia yg kat atas tu mmg "CUTE"hahaha pasan..

Hye agak lama mendiamkan diri dari mengupdate blog..
Sejak2 tak update ni banyak gila perubahan la..
Konfius la..
Nasib aku tak buta IT..
Aku godamkan aje..Asal mengupdate 
Terlalu sibuk dengan Hal Dunia seperti kuliah kuliah kuliah..
Apasal la kan sekarang ni memanjang hidup aku telalu sibuk even nak pikir untuk diri sendiri
 Hehehe tu je yang mampu aku tulis sedang menyiapkan kerja sekolah dan bakal sibuk dengan  hal lain pulak

Heran macam aku ni student tahun akhir pulak padahal masih ade sisa 2 semester panjang
 Aku tinggalkan tulisan terakhirku dengan hehehe kite berjumpa lagi next updateku