Saturday, November 6, 2010

AWAS TELEFON BIMBIT BAWA PENYAKIT!!



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...


Terdengar perbualan mama dengan kawan dia pasal telefon bimbit.Asyik-asyik mendengar makcik tu kata telefon bimbit sekarang memang la mudah dan senang digunakan apabila kemana-mana.Tapi jangan anggap telefon bimbit yang kecil nie tidak membawa apa-apa kesan sampingan.

Pernah dulu saya ada terbaca surat khabar pasal info kesan pengunaan telefon bimbit nie.Tapi masa tu aku buat endah tak endah je.Tapi apabila mendengar perbualan mama dengan makcik nie dan aku mula terfikir artikel yang di baca di surat khabar itu dan mula mengaitkan info dan artikel memang ada benarnya.

Dipetik dari :Halaqah

Turut jadi sebab kemurungan, jejas pelajaran remaja

LONDON: Kesan radiasi daripada telefon bimbit dikenal pasti sebagai punca masalah pemilik alat komunikasi itu untuk tidur nyenyak selain menyebabkan sakit kepala serta kekeliruan di kalangan remaja dan kanak-kanak yang menggunakannya
.
Penyelidikan yang disiarkan akhbar The Independent menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur menyebabkan orang ramai mengambil masa lebih panjang untuk tidur dan kurang mendapat tidur selesa, sekali gus menjejaskan kemampuan tubuh memperbaiki kerosakan yang dialami pada siang hari.

Hasil kajian paling membimbangkan bagi kanak-kanak dan remaja, yang kebanyakannya menggunakan telefon pada lewat malam dan memerlukan tidur mencukupi, kata tinjauan itu.

Kegagalan mendapatkan tidur mencukupi boleh membawa kepada perubahan 'mood' dan personaliti, kemurungan, kurang tumpuan dan persembahan akademik teruk.

Kajian yang dijalankan saintis dari Institut Karolinska dan Universiti Uppsala di Sweden dan dari Universiti Wayne State di Michigan, Amerika Syarikat dilaporkan yang paling menyeluruh. Keputusan tinjauan itu diterbitkan oleh Simposium Penyelidikan Kemajuan dalam Elektromagnetik Institut Teknologi Massachusetts dan dibiaya oleh Mobile Manufacturers Forum, mewakili syarikat telefon bimbit utama.

Keputusan kajian menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pakar tidur, dengan salah seorang daripadanya berkata kini 'terdapat lebih daripada bukti kukuh' untuk menunjukkan radiasi 'menjejaskan seseorang daripada tidur lena.'

Saintis mengkaji 35 lelaki dan 36 wanita berusia antara 18 dan 45 tahun. Sebahagiannya didedahkan dengan radiasi yang benar-benar menyerupai apa diterima ketika menggunakan telefon bimbit manakala yang lainnya ditempatkan dalam keadaan sama tetapi diberikan pendedahan 'palsu' iaitu tidak kena radiasi langsung.

Sukarelawan yang menerima radiasi mengambil masa lebih lama memasuki tahap tidur lena pertama dan memperuntukkan masa kurang dalam tidur paling nyenyak.

Saintis merumuskan: "Kajian menunjukkan ketika pendedahan kepada frekuensi 884 'megahertz' membolehkan isyarat tidur disalurkan dan dipercayai penting untuk pulih dari kerosakan pada siang hari, terjejas."

Bagaimanapun, Mobile Manufacturers Forum yang malu dengan hasil kajian meremehkan perkara itu dan menegaskan - berikutan pelbagai rumusan yang disiarkan - 'hasilnya tidak meyakinkan' dan 'penyelidik tidak mendakwa pendedahan menyebabkan tidur terganggu.'

Namun, Profesor Bengt Arnetz, yang mengetuai kajian berkata: "Kami memang menemui kesan dari telefon bimbit dari senario pendedahan yang realistik. Kajian menunjukkan ia memberi kesan ke atas otak."


Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.





Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

Labels: , ,

P/S:Hanya untuk perkongsian..Yang baik kita ikut yang tak baik kita buang jauh-jauh.

No comments:

Post a Comment