Thursday, August 5, 2010

hidup sentiasa belajar





Assalammualaikum w.b.t.

Kawan gelak ketawa senang dicari tapi teman karib susah di cari.Teman sebenar??


kita patut sentiasa positif dan bersangka baik. Tapi kita juga harus berhati-hati dalam pergaulan, kerana realitinya manusia tidaklah setelus yang disangka.

Antara pengajaran yang telah dikutip sepanjang perjalanan hidup:

  • Jangan mudah percaya orang. lebih manis mulutnya lebih berbisa mulut dan hatinya di belakang.
  • jika kamu dalam sekumpulan teman rapat, dan A boleh mengutuk B di depan kamu, dan B boleh mengutuk C dan C pula boleh mengutuk A di belakangnya...tahulah kamu, kamu juga boleh dikutuk A,B dan C di belakang.
  • bantu cuma jika benar-benar ikhlas dan tidak menyusahkan diri. Kerana suatu hari nanti bila kamu yang memerlukan bantuan, orang yang kamu bantu boleh berkira-kira untuk membantu.
  • walaupun kamu jenis tidak kisah meminjamkan/mendahulukan wang, silalah kisah untuk keperluan kita kemudian hari
  • orang akan sentiasa ingat keburukan walau sekecil tetapi mudah lupa kebaikan.kita juga begitu kan?
  • tapi kawan sebenar sentiasa mengingati kebaikan dan memaafkan kekurangan

No comments:

Post a Comment