Saturday, May 15, 2010

happy teacher`s day






Masihkah kita ingat masa mula2 masuk sekolah dulu sapa duk ajaq tulis ABCDEFGHIJ..........Mesti la cikgu bukan..!!!Sempena 16 mei ini aku sangat2 ingin menghargai cikgu2 yang pernah mengajaq aku dari ak umur setahun jagung sampai la dadh boleh berpikiaq sendiri bebanyak2 terima kasih..Sesungguhnya pengorbanan cikgu semua amatlah besar..tanpamu cikgu tidak wujudlah insan seperti aku ini yg boleh dikatakan cerdik-cerdik pandai(perasan kesendirian..hu3)












SAJAK INI AKU DEDIKASIKAN KEPADA SEMUA GURU-GURUKU..TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENDIDIK ANAK MURIDMU INI HINGGA KE TAHAP INI(Tahap yg selesa utk hidup lebey maju ke hadapan)SEMOGA SEGALA PENGORBANAN GURU2KU DIBALASAN OLEHNYA YANG MAHA ESA..TERIMA KASIH CIKGUKU TERUTAMA CIKGU FORM 6 SMK SERI SERDANG,FORM 5 SMKSS DAN SKS







BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.




NOTA HATI: cik aten sangat-sangat merindui cikgu-cikgu yg pernah mengajar aku ketika aku di bangku sekolah dahulu..terima ksih cikgu kerana mendidikku..sesungguhnya ilmu yg di vurahkan kepadaku tidak pernah ku sia2kan malah di jadikan bekalan untuk hidup..saya sangat merindui guru2 yg pernah mengajar sy khususnya cikgu form 6!cikgu are the best..

No comments:

Post a Comment