Assalammualaikum w.b.t.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgn9RUaRssTDNLfDyso1By9NdPz6zxj_GvVBlMDtvhjQc3-rrjpawT0zJg7cO06X5Y0561KyDxLjYkN-S5Bs_Bo7yGgy3wmf9omNnJsHAxRrl4SIlS6nAFXvAL-mrjkdianUtX2kppxadw/s400/hh.jpg)
kita patut sentiasa positif dan bersangka baik. Tapi kita juga harus berhati-hati dalam pergaulan, kerana realitinya manusia tidaklah setelus yang disangka.
Antara pengajaran yang telah dikutip sepanjang perjalanan hidup:
- Jangan mudah percaya orang. lebih manis mulutnya lebih berbisa mulut dan hatinya di belakang.
- jika kamu dalam sekumpulan teman rapat, dan A boleh mengutuk B di depan kamu, dan B boleh mengutuk C dan C pula boleh mengutuk A di belakangnya...tahulah kamu, kamu juga boleh dikutuk A,B dan C di belakang.
- bantu cuma jika benar-benar ikhlas dan tidak menyusahkan diri. Kerana suatu hari nanti bila kamu yang memerlukan bantuan, orang yang kamu bantu boleh berkira-kira untuk membantu.
- walaupun kamu jenis tidak kisah meminjamkan/mendahulukan wang, silalah kisah untuk keperluan kita kemudian hari
- orang akan sentiasa ingat keburukan walau sekecil tetapi mudah lupa kebaikan.kita juga begitu kan?
- tapi kawan sebenar sentiasa mengingati kebaikan dan memaafkan kekurangan♥
No comments:
Post a Comment